Wednesday, September 10, 2008

DO TUMPAT MIMPI NAK JADI YB PAS KE???

Gambar ini di ambil pada 9-9-08 di Masjid Ismaili Tumpat, Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Dato' MB Kelantan.

Yang peliknya, Ketua Jajahan Tumpat(DO) ada sekali dalam majlis tersebut. Kebiasaan yang saya turut serta dalam program anjuran parti PAS, DO ni sentiasa ada alasan untuk tidak hadir.

Mungkin DO ni nak jadi YB PAS kot....

Kesimpulannya, walau siapa pun kita, walau kaya mana pun kita, walau dimana pun kita berada, walau tinggi mana pun pangkat kita walau hebat mana pun kita dan macam-macam walau lagi, hormatlah kepada MB Kelantan.

Mudah-mudahan DO Tumpat akan terus hadir ke program yang di anjurkan oleh PAS.

Cadangan; untuk majlis seumpama ini pada tahun-tahun akan datang, kena buat di Masjid As-Somadi Geting. Kalau buat tempat lain, kehadiran tidak memberansangkan. Sila ambil perhatian kepada pihak penganjur.


No comments: